Images
  • fraud
    Gambar menunjukkan penipu mencuri barang kemas. (Gambar: Youtube)

Penipu curi barang kemas gunakan silap mata dipenjara

UNITED KINGDOM: Seorang penipu menggunakan silap mata untuk mencuri barang kemas bernilai £24,000 (S$43,700). Aksinya itu terakam dalam bentuk video.

Dengan menggunakan cara ahli silap mata terkenal David Blaine dan kelicikan penjenayah Ronnie Biggs, penipu bernama Mircea Rostas yang berusia 26 tahun mencuri selepas tiba di Britain pada bulan Oktober tahun lalu, menurut laman SWNC.

Rostas, warga Romania, sebelum ini pernah didapati bersalah atas beberapa jenayah luar negara.

Bersama rakan seorang rakan, dia menyasarkan lapan kedai barang kemas kecil di merata negara antara Januari dan April tahun ini. Hingga kini, rakan jenayahnya belum lagi ditemui.

Pasangan jenayah tersebut berjaya melarikan diri dengan cincin, gelang dan rantai bernilai S$43,700 dalam masa empat bulan.

Mereka mulakan aksi "silap mata" mereka dengan menunjukkan kakitangan kedai bagaimana mereka inginkan barangan mereka dibungkus. Mereka kemudiannya mendakwa bahawa mereka hanya mempunyai matawang euro dan meninggalkan deposit sebanyak £10 (S$18).


Mereka memberitahu kakitangan kedai berkenaan mereka ingin menukar matawang mereka tetapi tidak pulang. Apabila kakitangan memeriksa kotak tersebut, mereka mendapati barang kemas semuanya hilang, lapor laman SWNC.

Atas kesalahan tersebut, Rostas dijatuhi hukuman penjara selama 26 bulan di Mahkamah Shrewbury Crown. Barangan yang dicuri pula tidak dijumpai.

Dia pernah didakwa melakukan penipuan di Republik Czech pada 2015 di mana dia hukumannya ditunda. Dia juga didenda kerana kesalahan mencuri dari kedai di Jerman pada Jun 2016.

Salah seorang mangsa, pemilik kedai barang kemas East Street Jewellery di Bristol Teresa Tremlett dan suaminya Gary mengatakan: "Ia satu kelakuan yang profesional. Kami pernah saksikan perompakan, tetapi tidak seperti ini."

Bahkan, para kakitangan kedai tersebut tidak menyedari barangan sudah tiada sehingga keesokan paginya apabila para penipu tersebut tidak kembali.

"Kami menyaksikan semula rakaman untuk mengetahui bagaimana mereka lakukannya. Kami menabik mereka, kerana amat sukar untuk menentukannya," tambah beliau, ditukil laman SWNC. 

- Agensi Berita/FA/aq

Komen Anda?

Top