Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengikut ISIS digesa ‘racunkan makanan pasar serbaneka’ di Barat

Ini bukanlah kali pertama para pengikut ISIS digesa melakukan serangan dengan menggunakan barangan harian sebagai senjata.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengikut ISIS digesa ‘racunkan makanan pasar serbaneka’ di Barat
Diterbitkan : 11 Sep 2017 03:47PM Dikemas Kini : 11 Sep 2017 03:54PM

BRITAIN: Kumpulan ISIS dipercayai mempunyai teknik terbaru dalam melakukan serangan, yang lebih licik dan menyeramkan.

Seperti ditukil laman Al Arabiya, ISIS mungkin merancang untuk menggesa para pengikutnya meracunkan makanan yang dijual di kedai-kedai di Amerika Syarikat dan Britain.

Satu laporan Britain menyatakan perincian “ujian meracunkan makanan” didapati di bandar Mosul, Iraq, selepas bandar yang menjadi kubu kuat ISIS itu dirampas semula pihak berkuasa.

Para banduan Iraq didakwa digunakan sebagai “tikus “makmal” bagi menguji cara ISIS akan menjalankan serangan itu, menurut laporan Daily Mail pula pada minggu ini.

Agensi berita Itali, ANSA, meluahkan keprihatinan bahawa cara-cara meracunkan makanan akan digunakan pada skala besar dengan tujuan menyerang Barat.

Ini bukanlah kali pertama para pengikut ISIS digesa melakukan serangan dengan menggunakan barangan harian sebagai senjata.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, serangan nekad dijalankan dengan menggunakan kenderaan besar seperti trak dan van yang merempuh ke arah orang ramai di tempat awam.

Pada bulan lalu, 13 orang maut dan sekitar 130 cedera apabila para pengganas merempuh sebuah van putih di Las Ramblas, Barcelona.

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan