Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengharaman menyeluruh 'Beauty and the Beast' tidak masuk akal, kata Nazri Aziz

Pengharaman menyeluruh ke atas sebuah filem berdasarkan watak atau adegan adalah sesuatu yang tidak masuk akal, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengharaman menyeluruh 'Beauty and the Beast' tidak masuk akal, kata Nazri Aziz

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz. (Gambar: SONNY TUMBELAKA / AFP)

Diterbitkan : 14 Mar 2017 09:10AM Dikemas Kini : 14 Mar 2017 09:14AM

KUALA LUMPUR: Pengharaman menyeluruh ke atas sebuah filem berdasarkan watak atau adegan adalah sesuatu yang tidak masuk akal, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz.

Bercakap mengenai penangguhan tayangan filem Beauty and the Beast di Malaysia, Nazri berkata, dalam petikan laporan mStar, sesebuah filem perlu diteliti secara keseluruhannya sebelum pengharaman dilaksanakan.

Filem Disney itu terpalit dengan beberapa kontroversi termasuk watak homoseksual dalam filem yang diadaptasi dari cerita dongeng berkenaan.

Dalam tukilan laporan mStar, Nazri berkata kehadiran watak itu tidak akan mempengaruhi anak-anak muda terhadap perlakuan homoseksual.

"Selama ini, walaupun tanpa watak homoseksual di dalam Beauty and The Beast, terdapat golongan homoseksual di dunia. Saya tidak fikir ia akan mempengaruhi sesiapa sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata sesebuah filem tidak perlu diharamkan kerana mempunyai watak homoseksual walaupun perbuatan itu tidak dibenarkan di negara ini, menurut mStar.

"Kita perlu fikir, kita perlu membenarkan orang lain membuat keputusan untuk diri sendiri. Terdapat cerita mengenai pembunuhan dan dari segi undang-undang itu salah, tapi adakah anda mengharamkan ia dalam sesebuah filem?," soalnya.

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan