Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penggunting rambut gunakan tukul dan pisau gayakan rambut pelanggan

Gaya gunting rambut 'Gentlemen' mungkin menjadi trend di rantau ini tetapi di Mesir, seorang penggunting rambut mungkin memulakan satu trend baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Penggunting rambut gunakan tukul dan pisau gayakan rambut pelanggan

Menggunting rambut menggunakan tukul dan pisau. (Gambar: Youtube)

Diterbitkan : 20 Jul 2017 08:59PM Dikemas Kini : 20 Jul 2017 09:02PM

MESIR: Gaya gunting rambut 'Gentlemen' mungkin menjadi trend di rantau ini tetapi di Mesir, seorang penggunting rambut mungkin memulakan satu trend baru.

Di kawasan Mit Ghamr, Ahmed Abu Al Ainain, 25 tahun, menciptakan gaya rambut yang baru dengan menggunakan tukul besi dan pisau.

Abu Al Ainain, pemilik sebuah kedai gunting rambut dan sentiasa mencari trend terkini bagi menepati keinginan palanggannya. Beliau akhirnya mendapat ilham untuk cara terbaru menggunting rambut pelanggannya menggunakan tukul dan pisau.

Ahmed memberitahu laman Al Arabiyya bahawa beberapa pelanggan beliau meminta rambut mereka digunting menggunakan ketukan tukul pada bilah pisau kerana ia melancarkan peredaran darah dan mengurut kulit kepala. Menurut mereka, hasilnya amat memuaskan.

"Terdapat pelanggan yang tidak gemar akan trend ini; namun kebanyakan pelanggan muda ingin mencubanya kerana ia amat menarik. Mereka ingin mencuba perkara baru," katanya.

Ahmed menambah beliau satu-satunya penggunting rambut yang menggunakan cara sedemikian di Mesir.

Menurutnya beliau tidak mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan yang ingin rambut mereka digunting menggunakan tukul dan pisau.

Ahmed menegaskan beliau juga menawarkan khidmat sauna untuk merangsang sistem peredaran darah buat pelanggannya.  

Sumber : Agensi berita/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan