Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengawal trafik udara AS ditangkap miliki senjata pemusnah

Seorang pengawal trafik udara di Amerika Syarikat ditangkap atas dakwaan memiliki senjata pemusnah besar-besaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Nov 2017 08:24PM Dikemas Kini : 12 Nov 2017 10:03PM

AMERIKA SYARIKAT: Seorang pengawal trafik udara di Amerika Syarikat ditangkap atas dakwaan memiliki senjata pemusnah besar-besaran.

Menurut media tempatan, Paul George Dandan, mengaku, rakan sebiliknya Derrick Fells membuat sendiri bom paip.

Mereka merancang menggunakan bom itu terhadap jiran mereka.

Polis dimaklumkan tentang kejadian itu selepas satu laporan mendedahkan seorang individu memiliki alat peledak buatan sendiri.

Dandan tidak dibenarkan ke lapangan terbang selepas kejadian itu.  

Sumber : Agensi berita/NU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan