Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengantin perempuan 'dihadiahkan' sebatang kayu untuk pukul suami kaki botol

Seorang menteri wilayah di India 'menghadiahkan' beratus-ratus kayu kepada para pengantin perempuan yang baru berkahwin, dan menggesa mereka supaya menggunakannya sebagai senjata jika suami mereka menjadi mabuk atau mendera mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengantin perempuan 'dihadiahkan' sebatang kayu untuk pukul suami kaki botol

(Gambar: Facebook/Gopal Bhargava)

Diterbitkan : 01 May 2017 02:05PM Dikemas Kini : 01 May 2017 02:09PM

NEW DELHI: Seorang menteri wilayah di India 'menghadiahkan' beratus-ratus kayu kepada para pengantin perempuan yang baru berkahwin, dan menggesa mereka supaya menggunakannya sebagai senjata jika suami mereka menjadi mabuk atau mendera mereka.

Encik Gopal Bhargava memberikan kayu-kayu tersebut - yang digunakan untuk mengeluarkan kotoran dari baju di tempat tradisional bagi mencuci pakaian - kepada 700 mempelai perempuan dalam satu majlis perkahwinan beramai-ramai, yang dianjurkan oleh pemerintah wilayah tengah Madhya Pradesh pada Sabtu (29 Apr).

Kayu yang sepanjang sekaki itu juga dihiasi dengan mesej yang berbunyi; "Untuk memukul orang yang mabuk" dan "Polis tidak akan masuk campur".

Encik Bhargava memberitahu AFP bahawa beliau mahu menarik perhatian kepada nasib malang wanita kampung yang terpaksa berdepan dengan penderaan domestik dari suami mereka yang kaki botol.

"Para wanita berkata setiap kali suami mereka mabuk, mereka bertukar menjadi ganas. Wang simpanan mereka juga dirampas dan digunakan untuk membeli arak," katanya.

"Tiada niat untuk menggalak wanita atau menghasut mereka ke arah keganasan tetapi kayu itu adalah bagi mencegah keganasan."

Menteri berkenaan sudahpun mengarahkan hampir 10,000 batang kayu untuk dibahagi-bahagikan kepada para wanita yang baru berkahwin.

Banyak wilayah di India juga sudah melancarkan operasi terhadap penjualan arak sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sama ada untuk mengharamkan atau menyekat penjualannya dalam percubaan untuk mengekang keganasan berpunca daripada keadaan mabuk.

Sumber : AFP/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan