Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penganjur Sukan SEA kutuk keras hinaan 'S'pura Anjing' semasa perlawanan bola sepak S'pura-Msia

Penganjur Sukan SEA Kuala Lumpur menggesa para penyokong supaya menjaga tingkah laku semasa memberikan sorakan kepada pasukan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Penganjur Sukan SEA kutuk keras hinaan 'S'pura Anjing' semasa perlawanan bola sepak S'pura-Msia

Penyokong tegar Ultra Malaya pada tahun 2016. (Gambar: Facebook / ULTRAS ACAB)

Diterbitkan : 22 Aug 2017 10:29PM Dikemas Kini : 22 Aug 2017 10:37PM

KUALA LUMPUR: Penganjur Sukan SEA Kuala Lumpur menggesa para penyokong supaya menjaga tingkah laku semasa memberikan sorakan kepada pasukan mereka.

Ini menyusuli insiden para penyokong bola sepak pasukan Malaysia mencetuskan kemarahan orang ramai apabila mereka bersorak menyanyikan bait-bait yang berbunyi "Singapura anjing" semasa perlawanan berlangsung.

Sorakan yang menghina itu dirakam semasa pasukan Malaysia yang bermain dalam kumpulan A mengalahkan pasukan Singapura 2-1 di Stadium Shah Alam pada 16 ogos lalu.

Ini bukan pertama kali hinaan sebegitu dilontarkan ke pasukan Singapura. Pada 2012, rakaman yang menunjukkan hinaan itu dimuat naik sehingga mencetuskan kemarahan penyokong Singapura.

PENGANJUR KESALI INSIDEN BERLAKU, GESA JAGA TINGKAH LAKU

Namun demikian, seorang pengguna Facebook Rashidah Begum Shye mengatakan bahawa: "Rakyat Singapura hanya kalah di semasa perlawanan, tetapi mereka (penyokong Malaysia) kalah dari segi etika dan semangat kesukanan".

Menurut pihak penganjur, rakaman sorakan itu yang tular di media sosial amat dikesali dan bertentangan dengan semangat kesukanan dikalangan 11 negara peserta.

Jawatankuasa itu juga menggesa para penyokong agar jangan menggunakan kata-kata kesat dan yang berbaur perkauman semasa memberikan sorakan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan