Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penduduk lari lintang pukang apabila buaya ketuk pintu rumah dengan ekornya

Bayangkan kejadian ini. Buaya naik sampai ke depan rumah penduduk bernama Pak Sugian dan Ibu Enor. Ketika itu waktu tengah malam.

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk lari lintang pukang apabila buaya ketuk pintu rumah dengan ekornya

Seekor buaya. (Gambar hiasan: AFP/Lakakruwan Wanniarachchi)

Diterbitkan : 18 Oct 2017 10:47PM Dikemas Kini : 18 Oct 2017 10:49PM

SAMPIT, KALIMANTAN TENGAH: Bayangkan kejadian ini. Buaya naik sampai ke depan rumah penduduk bernama Pak Sugian dan Ibu Enor. Ketika itu waktu tengah malam.

Kedua-dua penduduk itu terdengar bunyi seperti orang mengetuk pintu dan mereka pun membukanya. Apabila dibuka, bukan manusia yang berada di depan mereka, tetapi seekor buaya dengan mulutnya ternganga! Punyalah terperanjat di tuan rumah.

Akibatnya, si pemililk rumah lintang pukang lari ke bahagian dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Mujur, buaya tersebut pula segera masuk kembali ke dalam sungai.

Demikian kisah yang diceritakan seorang Pegawai Daerah di Sampit, bernama Encik Eddy Mashami seperti ditukil berita Antara. Encik Eddy menambah, "suara ketukan (ke pintu) itu diduga berasal dari kibasan ekor buaya ke pintu".

DULU 3 BULAN SEKALI BUAYA KELIHATAN, KINI HARI-HARI!

Lantaran kemunculan dan ancaman serangan buaya yang semakin menjadi-jadi itu, para penduduk yang tinggal di dataran Sungai Mentaya di Kalimantan Tengah, kini menjadi semakin ketakutan.

Beberapa hari lalu, buaya muncul pada waktu malam semasa air pasang, sehingga reptilia ganas itu mudah naik ke dataran sungai. Bahkan, naik ke rumah orang.

Buaya-buaya sungai itu dipercayai naik ke darat untuk menjadikan haiwan ternakan para penduduk kampung seperti ayam dan itik sebagai mangsanya.

Dahulu, buaya jarang sekali terlihat. Paling tidak sekali dalam tiga bulan. Namun kini, hampir setiap hari ada sahaja kemunculan buaya yang dilihat para penduduk.

Ekoran kejadian-kejadian seperti itu, para penduduk kini semakin berhati-hati menjalankan aktiviti mereka di sungai.

TIDAK LAGI BUANG AIR KECIL/BESAR DI SUNGAI

Lantaran ketakutan, sebilangan penduduk enggan membuang air kecil atau besar di sungai seperti lazimnya. Sebaliknya mereka berbuat demikian di darat kerana takut dibaham buaya, khususnya pada waktu malam.

"Tadi malam ada lagi warga Desa Hanaut yang melaporkan melihat buaya muncul dekat rumah mereka. Dua hari lalu ada empat buaya berjejer di pinggir sungai saat surut. Buaya ukuran dua meter itu sudah termasuk kategori berbahaya karena bisa memangsa manusia," kata Encik Eddy.

Di kawasan tersebut, pada tahun 2016 sahaja, empat orang dilaporkan diterkam buaya. Hanya satu sahaja mayat korban berjaya ditemui semula sementara tiga lagi masih hilang sehingga saat ini.

Sumber : Bernama/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan