Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penduduk gempar ajaran didakwa sesat arah bersolat menghadap matahari untuk masuk syurga

Penduduk di sebuah kampung digemparkan dengan ajaran yang didakwa sesat, yang dibawa oleh seorang wanita bernama Elah yang meminta pengikutnya bersolat menghadap matahari.

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk gempar ajaran didakwa sesat arah bersolat menghadap matahari untuk masuk syurga

Gambar hiasan matahari. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 15 Jul 2017 10:51PM Dikemas Kini : 15 Jul 2017 10:57PM

INDONESIA: Penduduk di sebuah kampung digemparkan dengan ajaran yang didakwa sesat, yang dibawa oleh seorang wanita bernama Elah yang meminta pengikutnya bersolat menghadap matahari.

Malah Elah menjanjikan syurga buat para pengikutnya, lapor laman Detik News.

Laman tersebut menukil Anisa, salah seorang bekas murid wanita tersebut sebagai mengatakan, Elah mengaku adalah ahlus sunnah wal jamaah.

“Ahlus sunnah wal jamaah, siapa itu? Semua jemaah Ibu yang ada di sini. Ibu yakin kalian semua bakal masuk syurga,” kata Anisa sebagai mengulangi kata-kata Elah.

Lantaran itu, ketua Kampung Bojong, Desa Cipacing, Sumedang, Engku Kusman mengumpulkan maklumat mengenai wanita berkenaan. Menurut Encik Engku, ajaran yang dibawa Elah sudah dikesan sejak tahun 2015, lapor laman Detik News.

“Sebelum berpindah ke kampung saya, Elah tinggal di kampung berdekatan tempat kerja suaminya di Kampung Babakan Sukamulya. Semasa di sana, Elah dikatakan menyebarkan ajaran yang menyimpang sehingga diusir para penduduk lain,” kata Encik Engku pada Jumaat (14 Jul).

Berdasarkan keterangan yang dipelolehi Encik Engku, wanita itu berpindah dari Kampung Babakan ke Kampung Bojong pada tahun 2012.

Sejak itu, Elah mula menyambung mengajar bukan saja dalam kalangan kanak-kanak, tetapi juga kaum ibu, lapor Detik News.

Sejauh ini, menurut Encik Engku beliau belum pernah menyaksikan sendiri ajaran solat menghadap matahri yang disampaikan Elah, sambil menambah beliau setakat mendengar dakwaan oleh segelintir pelajar Elah.

Menurut Encik Engku lagi, pembelajaran para ibu dan kanak-kanak itu dijalankan di dalam rumah Elah dan tiada orang lain yang dapat melihat kegiatan di dalam.

Setelah ajaran yang didakwa sesat itu mula menggemparkan penduduk kampung, tidak ada sesiapa yang mengetahui di mana dia berada.

Majelis Ulama Indonesia (MUI) Sumedang sudahpun memulakan siasatan setelah mendapat tahu tentang ajaran yang menyuruh bersolat menghadap matahari, lapor Detik News.
MUI bertindak sebagai orang tengah antara Elah, dengan ibu bapa murid Elah dari Kampung Bojong bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Kami sudah mengeluarkan surat pemberhentian kegiatan pembaiatan (Syahadah) dan mengajar. Kalau mahu berdakwah biar terbuka, jangan tertutup,” kata anggota MUI Sumedang, Dadang Wahyudi. 

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan