Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pencarian MH370: M'sia terima tiga tawaran baru, tiada keputusan lagi

Malaysia menyatakan hari ini (17 Okt)tiga syarikat menawarkan untuk meneruskan operasi pencarian pesawat Malaysian Airlines MH370, yang hilang sejak 2014, tetapi belum membuat apa-apa keputusan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pencarian MH370: M'sia terima tiga tawaran baru, tiada keputusan lagi

Bayang-bayang sebuah pesawat New Zealand yang menyertai operasi mencari MH370 di Lautan Hindi. (Gambar fail: REUTERS/Rob Griffith/Pool)

Diterbitkan : 17 Oct 2017 01:18PM Dikemas Kini : 17 Oct 2017 01:19PM

KUALA LUMPUR: Malaysia menyatakan hari ini (17 Okt)tiga syarikat menawarkan untuk meneruskan operasi pencarian pesawat Malaysian Airlines MH370, yang hilang sejak 2014, tetapi belum membuat apa-apa keputusan.

Menteri Pengangkutan Malaysia Liow Tiong Lai berkata tawaran diterima daripada sebuah syarikat penerokaan laut di Amerika Syarikat Ocean Identity, firma Belanda Fugro dan sebuah lagi syarikat Malaysia yang tidak dikenali.

"Kami tidak akan membuat keputusan pada masa ini sama ada atau tidak akan melancarkan misi pencarian baru," kata Encik Liow kepada wartawan di luar sebuah acara di Kuala Lumpur.

MH370 hilang tiga tahun lalu di selatan Lautan India semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur dengan 239 penumpang.

Malaysia, Australia dan China menggantung pencarian setelah gagal menemui sebarang jejak pesawat yang hilang.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan