Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin S'pura ucap takziah kepada mangsa kebakaran hutan Portugal

Lebih 60 orang terkorban dalam kebakaran besar itu dan lebih 1,000 anggota bomba sedang berusaha memadamkannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin S'pura ucap takziah kepada mangsa kebakaran hutan Portugal

Kebakaran hutan paling dahsyat di Portugal. (Gambar: AFP/FRANCISCO LEONG)

Diterbitkan : 22 Jun 2017 07:28AM Dikemas Kini : 22 Jun 2017 07:31AM

SINGAPURA: Presiden Tony Tan Keng Yam dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengutus kawat takziah kepada rakan sejawatan masing-masing, Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa dan Perdana Menteri Antonio Costa, untuk menyampaikan ucapan takziah kepada para mangsa kebakaran hutan di bahagian tengah negara itu.

Lebih 60 orang terkorban dalam kebakaran besar itu dan lebih 1,000 anggota bomba sedang berusaha memadamkannya.

Dalam surat bertarikh 20 Jun, bagi pihak rakyat Singapura Dr Tan menyampaikan ucapan takziah dan rasa simpati yang mendalam kepada rakyat Portugal atas kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda akibat kebakaran tersebut.

"Ingatan dan doa kami ditujukan kepada mereka yang terjejas oleh tragedi ini dan keluarga mereka. Saya berharap mereka akan tabah dan kuat untuk menangani musibah yang sedang diharungi pada masa-masa sukar ini," tulis beliau.

PM Lee pula memberitahu PM Portugal, beliau "sedih" apabila mengetahui tentang kebakaran hutan yang dahsyat itu.

Ingatan kami bersama rakyat Portugal pada masa-masa sukar ini. Kami turut mendoakan keselamatan bagi para pegawai yang menjalankan kerja-kerja menyelamat," kata PM Lee, sambil menambah beliau yakin Portugal akan dapat "menangani bencana itu dengan tabah". 

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan