Images
  • alqaeda 2012
    Logo Al Qaeda di papan tanda tepi jalan di bandar Jaar di wilayah Abyan selatan Yemen pada tahun 2012. (Gambar: Hani Mohammed/AP)

Pemimpin kanan Al-Qaeda maut dalam satu operasi tentera di Afghanistan

KABUL: Seorang pemimpin kanan al-Qaeda dilaporkan terbunuh bersama 80 militan anti-pemerintah dalam operasi tentera di Afghanistan, menurut agensi berita China Xinhua.

Direktorat Keselamatan Negara (NDS) dalam satu kenyataan semalam (5 Dis) berkata, operasi itu dijalankan baru-baru ini, secara bersama membabitkan tentera Afghanistan, anggota NDS dan pasukan gabungan Amerika Syarikat, di timur Ghazni, wilayah Paktia dan wilayah selatan Zabul.

Jelas kenyataan itu, pemimpin yang terbunuh dikenali sebagai Omar Khetab. Beliau juga merupakan pemimpin kanan kedua rangkaian militan beroperasi di beberapa bahagian di Afghanistan.

Beberapa anggota Al-Qaeda serta puluhan pemberontak Taliban turut terbunuh dengan "kebanyakan militan yang disasarkan terlibat dalam serangan langsung terhadap pasukan keselamatan dan tentera gabungan di kawasan luar bandar."

Kumpulan militan itu, bagaimanapun, belum membuat sebarang kenyataan setakat ini.  

- BERNAMA/AQ/aq

Komen Anda?

Top