Pemimpin ASEAN mungkin ambil pendekatan 'lebih lembut' tentang isu Laut China Selatan
Para pemimpin Asia Tenggara kemungkinan mengambil pendekatan 'lebih lembut' tentang pertikaian Laut China Selatan semasa sidang puncak ASEAN di Manila, Sabtu ini (29 Apr).
FILIPINA: Para pemimpin Asia Tenggara kemungkinan mengambil pendekatan 'lebih lembut' tentang pertikaian Laut China Selatan semasa sidang puncak ASEAN di Manila, Sabtu ini (29 Apr).
Demikian menurut satu draf kenyataan pengerusi yang dikeluarkan agensi berita Reuters.
ASEAN juga dilaporkan tidak akan merujuk kepada pembinaan pulau buatan dan penempatan tentera China di perairan tersebut.
Perkembangan itu berlaku sedang Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, yang mengambil alih sebagai pengerusi tahun ini berusaha untuk 'memancing' Beijing bagi peluang perniagaan dan mengelakkan ketegangan di Laut China Selatan.
Namun, para pegawai yang melakar kenyataan itu mengatakan "keadaan masih boleh berubah" pada akhir sidang puncak itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.