Images
  • rohingya
    Para pelarian Rohingya sedang bersiap sedia melarikan diri ke Bangladesh dari Myanmar. (Gambar: AFP/K M ASAD)

Pemberontak Rohingya isytihar genjatan senjata sebulan

MYANMAR: Para pemberontak Rohingya mengisytiharkan gencatan senjata sepihak selama sebulan bermula hari ini (10 Sep).

Langkah itu bagi memudahkan bantuan kemanusiaan dihantar kepada para pelarian Rohingya yang mencari perlindungan di sempadan Myanmar-Bangladesh.

Gencatan senjata itu diumumkan sedang keganasan berterusan di Rakhine, memaksa pembanjiran beramai-ramai pelarian Rohingya ke Bangladesh.

PBB mengatakan hampir 300,000 kaum Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak dua minggu lalu.

Sementara itu agensi-agensi bantuan bergelut dengan keadaan kritikal menguruskan pembanjiran pelarian Rohingya ini.

Kemah-kemah pelarian kini sesak melampaui hadnya dengan sumber-sumber yang ada semakin berkurangan.

Bangladesh berikrar untuk membina sebuah lagi kem perlindungan yang boleh menampung sekitar suku juta pelarian.

Agensi-agensi PBB yang mengagihkan makanan melaporkan kira-kira 80 peratus pelarian yang baru tiba adalah kanak-kanak dan wanita.

Pertubuhan Antrabangsa bagi Penghijarahan merayu bagi bantuan asing sebanyak AS$18 juta (S$24 juta) untuk membantu memberi makanan dan perlindungan kepada puluhan ribu pelarian Rohingya. 

- Agensi berita/MM/nk

Komen Anda?

Top