Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pembentukan air batu di enjin mungkin punca nahas AirAsia

Faktor cuaca adalah faktor pencetus nahas pesawat AirAsia QZ8501 di Laut Jawa, Ahad lalu, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofisik (BMKG) Indonesia hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembentukan air batu di enjin mungkin punca nahas AirAsia

Seorang kru pesawat CN 325 milik angkatan tentera laut Indonesia menjalankan operasi mencari pesawat AirAsia QZ8501 di Selat Karimata. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 04 Jan 2015 01:53PM Dikemas Kini : 05 Jan 2015 12:16PM

PANGKALAN BUN: Cuaca merupakan 'faktor pencetus' nahas pesawat AirAsia QZ8501 di Laut Jawa, Ahad lalu. Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisik (BMKG) Indonesia hari ini menyatakan pembentukan air batu mungkin menyebabkan kerosakan pada enjin. Pesawat AirAsia jenis Airbus A320-200 itu terhempas, dipercayai ketika cuaca sedang ribut, semasa membawa 162 orang di dalamnya ketika penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Laporan awal BMKG menyatakan pesawat malang itu dipercayai menyusur ke dalam awan ribut. "Ini adalah salah satu daripada kemungkinan yang berlaku berdasarkan analisis data kaji cuaca yang sedia ada," menurut BMKG.

OBJEK BESAR KELIMA, RAKIT KESELAMATAN DIKESAN

Sementara itu, Reuters melaporkan pasukan pencari dapat mengesan sebuah lagi objek besar di dasar laut hari ini, yang dipercayai adalah bahagian pesawat AirAsia tersebut. Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS), Encik Bambang Soelistyo, berkata demikian kepada para wartawan.

Sebelum ini, alat sonar mengesan empat objek besar di dasar Laut Jawa, pada kedalaman 30 meter. Keseluruhannya, lima objek besar yang dipercayai bahagian pesawat sudah dikesan.

Rancangan untuk mengerahkan pasukan penyelam untuk mencari objek-objek tersebut bagaimanapun ditangguhkan ekoran arus laut yang kuat dan bergelora.

Kapal tentera Singapura RSS Persistence juga menemui sebuah rakit keselamatan, dipercayai daripada pesawat AirAsia itu, yang berukuran 6 meter kali 3 meter.

Pasukan mencari kini berusaha mendapatkan perakam data penerbangan atau kotak hitam bagi menentukan punca nahas tersebut.

Sumber : AFP/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan