Images
  • syria refugee jordan
    Para pelarian Syria di kem Rukban di Jordan. (Gambar fail: KHALIL MAZRAAWI / AFP)

Pembanjiran pelarian Syria burukkan masalah bekalan air Jordan

AMMAN, JORDAN: Pembanjiran orang-orang pelarian Syria memburukkan lagi masalah bekalan air yang terhad di Jordan.

Setiap tahun Jordan kekurangan sekitar 500 juta meter padu air.

Sejak 2011, dianggarkan 1.4 juta rakyat Syria sudah melarikan diri ke Jordan selepas peperangan meletus.

Para pelarian Syria kini merangkumi 15 peratus penduduk Jordan. Akibatnya, permintaan air di Jordan sudah naik 21 peratus.

Untuk menjimatkan air, kerajaan Jordan sudah memulakan sistem catuan. Matlamatnya adalah supaya setiap kawasan kejiranan mendapat bekalan air hanya seminggu sekali selama antara 24 hingga 36 jam.

Di bahagian utara Jordan pula, ada penduduk yang mendakwa mereka hanya menerima bekalan air setiap 20 hingga 21 hari pada musim panas. 

- Agensi berita/nd

Komen Anda?

Top
>