Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemandu kereta ditangkap selepas dakwa bawa bom ke pusat pemeriksaan Rumah Putih

Perkhidmatan risik di Amerika Syarikat menyatakan satu orang sudah ditangkap selepas sebuah kereta yang mencurigakan dipandu hingga ke pusat pemeriksaan Rumah Putih.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Mar 2017 09:02PM Dikemas Kini : 21 Mar 2017 12:09AM

WASHINGTON: Perkhidmatan risik di Amerika Syarikat menyatakan satu orang sudah ditangkap selepas sebuah kereta yang mencurigakan dipandu hingga ke pusat pemeriksaan Rumah Putih.

Stesen TV CNN sebelum itu melaporkan bahawa pemandu kereta itu mendakwa dia membawa bom.

Bagaimanapun pemeriksaan terhadap kereta itu dilaporkan tidak menemui bahan letupan. Namun kawalan keselamatan di Rumah Putih sudahpun ditingkatkan. Beberapa batang jalan raya di sekitarnya juga sudah ditutup.

Seminggu lalu, seorang lelaki ditangkap selepas dia menceroboh masuk ke pekarangan Rumah Putih. Perkhidmatan risik sudah dibidas kerana lelaki itu berada di kawasan larangan tersebut selama 16 minit sebelum ditangkap.

Semasa dua kejadian itu, Presiden Donald Trump berada di Florida.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan