Images
  • ricardo medina
    Pelakon Ricardo Medina. (Gambar: AFP/Getty Images/Frederick M Brown)

Pelakon Power Rangers mengaku bersalah bunuh rakan sebilik dengan pedang samurai

LOS ANGELES: Pelakon Ricardo Medina, yang terkenal dengan wataknya dalam rancangan siri kanak-kanak Power Rangers, mengaku bersalah menikam hingga mati rakan sebiliknya, menurut pejabat peguam daerah Los Angeles.

Medina, 38 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan membunuh secara sengaja. Dia menggunakan pedang samurai untuk membunuh Josh Sutter, 36 tahun, pada 31 Januari lalu.

Dalam kejadian itu, Medina dan Sutter bergaduh tentang teman wanita Medina. Insiden itu berakhir dengan Median menikam rakan sebiliknya itu hingga mati, menurut pihak pendakwa raya dalam satu kenyataan.

Medina boleh dipenjara selama enam tahun dan perbicaraan bagi hukumannya dijadualkan berlangsung pada 30 Mac.

Medina, yang berketurunan Puerto Rico, membintangi siri televisyen superhero Power Rangers sebanyak dua kali - pertama kali pada 2002 sebagai Cole Evans - Power Ranger berwarna merah - dan kemudian pada 2011 sebagai Deker, lelaki jahat bersenjatakan pedang.

- AFP/Reuters/nd

Komen Anda?

Top