Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelakon filem lucah tuduh Trump lakukan perbuatan seksual terhadapnya

Seorang pelakon filem lucah menjadi wanita terbaru yang menuduh Donald Trump melakukan perkara seksual terhadapnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon filem lucah tuduh Trump lakukan perbuatan seksual terhadapnya

Gloria Allred memegang gambar Jessica Drake (kanan) dengan Donald Trump. AFP/David McNew

Diterbitkan : 23 Oct 2016 06:05PM Dikemas Kini : 23 Oct 2016 06:07PM

WASHINGTON: Seorang pelakon filem lucah menjadi wanita terbaru yang menuduh Donald Trump melakukan perkara seksual terhadapnya semalam (22 Okt), dengan mendakwa calon presiden parti Republican itu menawarkannya AS$10,000 (S$14,000) untuk masuk ke bilik hotel Trump seorang diri.

Jessica Drake adalah salah seorang daripada 11 wanita yang mendakwa hartawan itu mencabuli kehormatan mereka, membuat komen tidak senonoh atau mencium mereka secara paksa.

Bercakap di sidang media yang diadakan di Los Angeles dan ditemani peguam terkenal Gloria Allred, Drake berkata beliau bertemu dengan Trump di satu kejohanan golf di Lake Tahoe, California pada 2006.

Trump juga bertanya tentang penglibatan beliau dalam filem lucah, kata Drake.

Selepas beliau pulang ke biliknya, Drake menambah, Trump menghubunginya dan meminta Drake kembali ke bilik hotelnya sekali lagi dan menjemputnya ke sebuah pesta.

"Apa yang anda mahu? Berapa harganya?" kata Trump kepada Drake, yang mengongsikan kisah itu.

Semasa sidang media itu, Allred, yang juga membela dua wanita lain yang menuduh Trump dengan perbuatan yang sama, menunjukkan gambar Trump dan Drake di kejohanan golf itu.

Bagaimanapun, kempen Trump menolak dakwaan Drake.

"Ini semua palsu dan tidak masuk akal," menurut satu kenyataan.

"Encik Trump tidak mengenali orang ini, tidak mengingati beliau dan tidak berminat untuk mengenalinya." 

Sumber : AFP/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan