Images
  • Boy Iman
    Datuk Noruliman A. Rahman atau Boy Iman. (Gambar: Dato Boy Iman Dato Boy Iman Dato Boy Iman/Facebook)

Pelakon Boy Iman ditahan reman 2 hari bagi bantu siasatan kes tipu

KUBANG PASU: Mahkamah Majistret Jitra mengeluarkan perintah tahanan reman dua hari bermula hari ini (11 Okt) ke atas Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Noruliman A. Rahman bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah yang membabitkan nilai RM30,000 (S$9,660).

Tiga orang lain turut direman, termasuk seorang wanita berumur dalam lingkungan 30 hingga 45 tahun. Masing-masing merupakan pengarah sebuah syarikat.

Perintah tahanan reman berkenaan dikeluarkan Majistret Abdul Hadi Hakimi Harun di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Noruliman, 37 tahun, yang juga pelakon dikenali sebagai Boy Iman, diwakili Peguam Ummi Kalthum Zakaria manakala Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Zuriah Mohd Nordin mewakili tiga individu berkenaan.

Boy Iman ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang Isnin lepas berkaitan siasatan kes penipuan jualan rumah yang membabitkan nilai RM6.2 juta (S$2 juta).

Perintah tahanan reman ke atas pelakon itu hari ini (11 Okt), merupakan yang kelima selepas ditahan reman sebelum ini di Ampang dan Shah Alam di Selangor, Muar di Johor Baharu dan Sungai Petani, Kedah.

- BERNAMA/AQ/aq

Komen Anda?

Top