Pelajar tahfiz yang dipercayai dipukul pembantu warden meninggal dunia
Pelajar sebuah madrasah tahfiz swasta di Johor Bahru, yang dipercayai dipukul oleh seoarang pembantu warden dilaporkan meninggal dunia hari ini (26 Apr).
JOHOR BAHRU: Pelajar sebuah madrasah tahfiz swasta di Johor Bahru, yang dipercayai dipukul oleh seoarang pembantu warden dilaporkan meninggal dunia hari ini (26 Apr).
Beberapa media melaporkan Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11 tahun, dijadual menjalani pembedahan tangan pagi ini tetapi ditangguhkan kerana keadaan jantungnya yang dilaporkan dalam keadaan tidak stabil.
Menurut catatan Facebook Bernama, Mohamad Thaqif menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 2.05 petang tadi dan pemergiannya disahkan bapanya.
Menurut bapanya, Mohd Gaddafi Mat Karim, 43 tahun, anaknya meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail ketika mereka sedang membaca doa untuknya.
Semalam, keluarga Mohamad Thaqif memaklumkan tangan kanan pelajar itu mungkin terpaksa dipotong pagi ini kerana sudah bertukar hitam hingga ke paras siku.
Jumaat lalu pula (21 Apr), kedua-dua belah kaki Mohamad Thaqif terpaksa dipotong, menurut laporan Malaysiakini.
Sementara itu, portal Berita Harian Online memetik Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Penolong Pesuruhjaya Rahmat Othman sebagai berkata, Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan perintah reman ke atas pembantu madrasah tahfiz itu dilanjutkan sehingga Sabtu ini (29 Apr).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.