Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelajar tahfiz 14 tahun mengaku salah lakukan kesalahan seksual terhadap remaja lelaki 6 tahun

Seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun di sebuah madrasah tahfiz mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan melakukan seksual fizikal terhadap rakan lelakinya yang berumur enam tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar tahfiz 14 tahun mengaku salah lakukan kesalahan seksual terhadap remaja lelaki 6 tahun

Gambar fail seseorang digari. (Gambar/TODAY)

Diterbitkan : 18 Aug 2017 06:57PM Dikemas Kini : 18 Aug 2017 06:58PM

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki berumur 14 tahun di sebuah madrasah tahfiz mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan melakukan seksual fizikal terhadap rakan lelakinya yang berumur enam tahun.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di dalam bilik riadah di sebuah madrasah tahfiz pada  6.15 petang, 31 Julai lepas mengikut Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak, yang boleh dihukum menurut akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Majistret Haslinda A Raof menetapkan 13 Sept untuk jatuh hukum sementara menunggu laporan akhlak.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak tidak menawarkan jaminan manakala remaja  itu tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 (S$2,550) dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang menganggu saksi pendakwaan.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan