Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pelajar menengah 5 dipercayai dipukul pemandu Grab

Beliau berkata kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar menengah 5 dipercayai dipukul pemandu Grab

Gambar fail kereta-kereta dengan logo Grab.

Diterbitkan : 13 Aug 2017 06:09PM Dikemas Kini : 13 Aug 2017 06:10PM

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar menengah lima cedera dipercayai dipukul pemandu Grab Car yang dipesannya dari pusat beli-belah Times Square, Kuala Lumpur, untuk pulang ke rumahnya di Puchong petang Sabtu (12 Ogos).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata pelajar wanita berusia 17 tahun itu mengalami patah hidung akibat dipukul suspek lelaki yang berpunca daripada salah faham.

"Pemandu lelaki berusia 30 tahun itu telah ditahan polis pada 2.30 pagi tadi untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini (13 Ogos).

Encik Fadzil berkata suspek ditahan reman selama empat hari mulai hari ini sehingga Rabu depan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Sumber : Bernama/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan