Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peguam Mesir dihukum katakan rogol adalah 'tanggungjawab kebangsaan'

Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap seorang peguam yang mengatakan bahawa wanita yang memakai seluar jeans koyak harus dirogol. Demikian menurut sumber kehakiman Mesir.

Anggaran Waktu Membaca:
Peguam Mesir dihukum katakan rogol adalah 'tanggungjawab kebangsaan'

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Dec 2017 11:09PM Dikemas Kini : 13 Dec 2017 11:12PM

MESIR: Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap seorang peguam yang mengatakan bahawa wanita yang memakai seluar jeans koyak harus dirogol. Demikian menurut sumber kehakiman Mesir.

Hukuman terhadap Nabih Al-Wahsh dijatuhi tanpa kehadirannya pada awal bulan ini (3 Dis) kerana peguam tersebut yang sebelum ini diikat jamin, tidak menghadirkan diri semasa perbicaraan, menurut lama Al Arabiya.

Al-Wahsh melakukan komen tersebut semasa program di telvisyen yang mencetuskan kemarahan orang ramai dan membuat aduan kepada pendakwa raya, yang akhirnya membuat keputusan untuk membawanya ke mahkamah.

Al-Wahsh mengatakan adalah "tanggungjawab kebangsaan" untuk memperkosa wanita yang memakai seluar jeans ketat dan berkoyak.

Pendakwa raya menuduhnya "menghasut orang awam untuk melanggar undang-undang" dan "menyebarkan laporan dan kenyataan yang berniat jahat demi mengganggu ketenteraman awam dan menjejas keprihatinan awam".

Wanita Mesir sekian lama sudah mengadu akan gangguan seksual, di mana pemerintah Mesir sedang berusaha buat beberapa tahun untuk menangani isu tersebut dengan undang-undang yang lebih ketat.  

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan