Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peguam AS mahu jumpa Najib, Ahmad Zahid bagi gesa bebaskan Anwar

Peguam hak asasi manusia Amerika Syarikat, Kimberly Motley berharap dapat bersemuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Anggaran Waktu Membaca:
Peguam AS mahu jumpa Najib, Ahmad Zahid bagi gesa bebaskan Anwar

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak (kanan) bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar fail: AFP/MOHD RASFAN)

Diterbitkan : 12 Dec 2017 06:41PM Dikemas Kini : 12 Dec 2017 06:46PM

AMERIKA SYARIKAT: Peguam hak asasi manusia Amerika Syarikat, Kimberly Motley berharap dapat bersemuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam petikan laporan Malaysiakini TV, pertemuan tersebut adalah bagi menggesa pembebasan segera bekas ketua pembangkang yang sedang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Cik Kimberly juga, seperti ditukil Malaysiakini TV, akan membawa Tun Dr Mahathir Mohamad bersama beliau bagi pertemuan tersebut.

Ini juga bertujuan bagi menyertai kempennya untuk mendesak supaya Anwar dibebaskan segera.

Anwar dijadual dibebaskan pada Jun tahun depan, menurut Malaysiakini TV.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan