Images
  • st catherine's
    Biara St Catherine's, sebuah tapak penganut Kristian yang terletak sekitar 500 kilometer dari tenggara Kaherah di selatan semenanjung Sinai, menarik ribuan pengunjung setiap tahun.

Pegawai polis terbunuh dalam serangan menembak dekat biara Mesir

KAHERAH: Seorang pegawai polis terbunuh dan tiga yang lain cedera pada Selasa (18 Apr) apabila beberapa lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah pusat pemeriksan dekat biara St Catherine's di Sinai di Mesir, menurut kementerian dalam negeri.

Para anggota militan ISIS mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Pasukan pertahanan yang berbalas tembakan, mencederakan beberapa penyerang "sehingga mereka terpaksa melarikan diri", menurutnya. Polis masih memburu lelaki-lelaki bersenjata itu, menurut kementerian tersebut.

Awal dari itu, Khalid Abu Hashem, pegawai kementerian kesihatan bagi wilayah Sinai Selatan memberitahu stesen televisyen negara itu bahawa satu orang terbunuh dan empat yang lain cedera.

Mereka yang cedera kini dalam keadaan stabil dan sudah dibawa ke hospital di bandar peranginan Laut Merah yang terletak berhampiran Sharm el-Sheikh, katanya.

Biara St Catherine's, sebuah tapak penganut Kristian yang terletak sekitar 500 kilometer dari tenggara Kaherah di selatan semenanjung Sinai, menarik ribuan pengunjung setiap tahun.

Serangan tersebut berlaku sembilan hari selepas acara keagamaan di gereja-gereja Kristian Koptik di bandar Tanta dan Iskandariah dibom oleh kumpulan ISIS, yang membunuh 45 orang.

ISIS juga sudah memberi amaran akan melancarkan lebih banyak serangan terhadap kaum minoriti, yang membentuk sekitar 10 peratus daripada 92 juta penduduk Mesir. 

- AFP/im

Komen Anda?

Top
>