Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pegawai Muslimah di Rumah Putih luah perasaan selepas Trump dilantik

Namanya Rumana Ahmad. Beliau seorang pegawai muslimah di Rumah Putih yang memakai hijab dan sudah bekerja di sana sejak tahun 2011. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai Muslimah di Rumah Putih luah perasaan selepas Trump dilantik

Pegawai Muslimah di Rumah Putih, Rumana Ahmad. (Gambar: Merdeka.com/ Atlantic)

Diterbitkan : 26 Feb 2017 09:47PM Dikemas Kini : 26 Feb 2017 09:50PM

MERDEKA.COM: Namanya Rumana Ahmad. Beliau seorang pegawai muslimah di Rumah Putih yang memakai hijab dan sudah bekerja di sana sejak tahun 2011.

Semasa di bawah pemerintahan mantan Presiden Barack Obama, beliau dinaikkan pangkat dan bekerja di bahagian Dewan Keamanan Negara dan menjadi sebahagian daripada pasukan penasihat Encik Obama, khususnya bagi isu muslim Amerika Syarikat.

"Saya satu-satunya muslimah berhijab ketika itu dan pemerintah Obama selalu membuat saya rasa diterima di Rumah Putih," katanya seperti ditukil di laman Atlantic.

PERUBAHAN DIRASAI SELEPAS TRUMP DILANTIK

Namun, apabila Encik Donald Trump dipilih menjadi Presiden Amerika dan dilantik pada 20 Januari lalu, suasana Rumah Putih berubah dan ia turut dirasai Cik Rumana.

"Pada Isnin 23 Januari, saya berjalan ke Rumah Eisenhower dan bertemu dengan para kakitangan baru di sana. Mereka seperti terkejut dengan kedatangan saya," kata Cik Rumana.

Ketika Encik Trump mengeluarkan arahan yang melarang kemasukan warga tujuh negara majoriti muslim ke Amerika, Rumana membuat keputusan untuk bertahan walaupun beliau sendiri tidak setuju dengan arahan itu.

"Saya tahu saya tidak dapat bertahan di Rumah Putih di bawah pemerintahan yang melihat saya seperti bukan warga sesama negara mereka tetapi sebagai satu ancaman," luah beliau.

8 HARI SAJA DAPAT BERTAHAN; RAMAI JUGA BERHENTI

Akhirnya Rumana mengalah dan tidak dapat bertahan lagi dengan keadaan di Rumah Putih setelah Encik Trump dilantik.

"Saya hanya bertahan lapan hari," kata beliau, sambil menambah, "Hari sebelum hari terakhir saya, saya menyampaikan salam perpisahan kepada beberapa rakan kerja. Kebanyakan di kalangan mereka juga sudah berhenti jauh lebih dahulu." 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan