Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PBB seru agar gencatan senjata di Yaman dilanjutkan

Gencatan senjata yang mula berkuatkuasa Rabu lalu (19 Okt), bertujuan memberikan laluan bagi kiriman bantuan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Oct 2016 08:00PM Dikemas Kini : 23 Oct 2016 09:52PM

YAMAN: Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Yaman menyeru agar gencatan senjata 72 jam yang berakhir tengah malam semalam (22 Okt) waktu tempatan, dilanjutkan lagi.

Namun sehari sebelumnya, pertempuran hebat meletus antara tentera pemerintah dengan kumpulan pemberontak Houthi .

Gencatan senjata yang mula berkuatkuasa Rabu lalu (19 Okt), bertujuan memberikan laluan bagi kiriman bantuan.

Tetapi tentera pemerintah Yaman dan kumpulan pemberontak Houthi menuduh satu sama lain mencabuli gencatan senjata tersebut.

Kejadian berbalas tembakan di darat dilaporkan berterusan tetapi hanya serangan-serangan udara yang digantung.

Usaha PBB untuk melanjutkan gencatan senjata itu sebelum ia berakhir juga gagal membuahkan hasil.

Ia sepatutnya merintis jalan bagi rundingan untuk menamatkan pertempuran sejak 19 bulan lalu.

Tentera Saudi juga membawa para wartawan ke kawasan sempadan Yaman untuk menunjukkan serangan kumpulan Houthi ke atas beberapa buah kampung.

Kumpulan Houthi dituduh mencabuli gencatan senjata hampir 1,000 kali.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan