Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Patung Barbie kini berhijab diilhamkan dari wajah Ibtihaj Muhammad

Ibtihaj Muhammad mencatat satu lagi sejarah selepas kejayaannya setahun lalu sebagai atlit hijab pertama Amerika.

Anggaran Waktu Membaca:
Patung Barbie kini berhijab diilhamkan dari wajah Ibtihaj Muhammad

(Gambar: Ibtihaj Muhammad/ Facebook)

Diterbitkan : 16 Nov 2017 06:16PM Dikemas Kini : 16 Nov 2017 06:32PM

BROOKLYN: Ibtihaj Muhammad mencatat satu lagi sejarah selepas kejayaannya setahun lalu sebagai atlit hijab pertama Amerika.

Hasil kerjasamanya dengan syarikat Mattel, kanak-kanak dan penggemar Barbie kini boleh menjangkakan boneka Barbie yang memakai hijab. Menurut laporan Glamour, kejayaan ini sesuatu yang kritikal dalam melambangkan semangat inklusif dan diwakili.

Ibtihaj melihat sendiri boneka itu buat pertama kali dalam satu acara Puncak Wanita Terpilih Tahunan 2017. Ashley Graham yang menghasilkan boneka Barbienya sendiri dalam acara yang sama tahun lepas, memperkenalkan boneka Barbie dalam acara itu, lapor Glamour.

Ibtihaj berasa teruja melihat boneka Barbie yang serupa dengan dirinya. Boneka itu memakai pakaian lawan pedang dan mengenakan hijab berwarna putih. "Ini menakjubkan sekali - ini 'saat hijab' terbaik," kata Ibtihaj.

KENANG MASA SILAM MAIN BONEKA BARBIE

Dalam acara itu, Ibtihaj turut berkongsi pengalamannya sewaktu kecil bermain dengan boneka Barbie buat masa yang sangat lama.

Malah, beliau bersama saudara-saudara perempuannya akan menjahit hijab sendiri buat boneka-boneka Barbie mereka kerana belum ada model Barbie yang mengenakan hijab pada waktu itu. Kini, syarikat Mattel menghasilkan boneka buat kanak-kanak dari latar yang sama sepertinya dan beliau percaya ini akan membawa kepada satu perubahan: "Saya berharap kanak-kanak kecil akan mulai menghargai perbezaan yang membuat mereka unik," kata Ibtihaj.

Mengulas tentang boneka yang unik ini, Ashley Graham menekankan pentingnya ada boneka seperti ini. Beliau memberitahu Glamour bahawa boneka Ibtihaj memberi lebih ramai kanak-kanak sesuatu yang dapat mereka rasakan adanya keserasian.

IBTIHAJ: ADA YANG TIDAK PERCAYA DENGAN KEBOLEHAN SAYA

"Anda hargai apa yang membuat anda berbeza, ciri-ciri yang membuat anda lebih menyerlah. Itu yang diinginkan Mattel - ia ingin golongan wanita memperjuangkan perbezaan yang ada pada diri mereka," kata Ashley Graham.

Ibtihaj juga memberitahu pencapaiannya ini bermakna apa lagi kerana ada yang membuatnya berasa asing ketika terlibat dalam sukan lawan pedang.

"Bagi mereka yang tidak percaya dalam diri saya, boneka Barbie ini untuk anda."

Boneka Barbie ini boleh didapati menjelang 2018.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan