Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasukan penyelam periksa objek dipercayai bahagian utama QZ8501

Para penyelam kini menumpukan pemeriksaan terhadap satu objek yang dipercayai bahagian utama pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan penyelam periksa objek dipercayai bahagian utama QZ8501

Kru Indonesia di kapal Crest Onyx memindahkan serpihan bahagian pesawat AirAsia di sebuah pelabuhan di Kumai. (Gambar: AFP/Adek Berry)

Diterbitkan : 14 Jan 2015 12:42PM Dikemas Kini : 20 Jan 2015 04:57PM

JAKARTA: Para penyelam kini menumpukan pemeriksaan terhadap satu objek yang dipercayai bahagian utama pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas.

Penemuan bahagian utama itu amat genting, kerana ia memberikan harapan untuk menemui lebih banyak mayat yang dipercayai masih terperangkap didalamnya.

Para penyelam kini menumpukan siaatan dibahagian pesawat itu yang dikesan oleh alat sonar terdampar sekitar 3 kilometer dari tempat ekor pesawat itu ditemui.

Kotak hitam kedua pesawat itu juga sudah diangkat keluar dari dasar laut. Dengan penemuan kotak hitam kedua itu, para penyiasat kini semakin dekat dalam menentukan punca nahas udara itu yang meragut 162 nyawa itu.

Ia mengandungi rakaman perbualan antara para juruterbang dengan pegawai kawalan trafik udara yang mungkin menjadi bukti penting dalam menentukan urutan kejadian sebelum pesawat itu terhempas dua minggu lalu.

Perakam suara itu sudah dihantar ke Jakarta dan ia mungkin mengambil masa sehingga sebulan untuk menganalisis data rakaman sepenuhnya.

Seramai 48 mayat berjaya dikeluarkan setakat ini - 36 sudah dikenal pasti. 

Sumber : AFP/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan