Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasangan kekasih remaja campak bayi baru lahir ke dalam sungai

Polis semalam (18 Nov) menahan sepasang kekasih muda bagi membantu siasatan berhubung tindakan tidak berperikemanusian membuang bayi yang baru dilahirkan ke dalam sungai.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan kekasih remaja campak bayi baru lahir ke dalam sungai

Suspek lelaki dibawa ke tempat kejadian. (Gambar: Tular Sanasini/ Facebook)

Diterbitkan : 19 Nov 2017 08:25AM Dikemas Kini : 19 Nov 2017 08:30AM

SEGAMAT: Polis semalam (18 Nov) menahan sepasang kekasih muda bagi membantu siasatan berhubung tindakan tidak berperikemanusian membuang bayi yang baru dilahirkan ke dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supt Raub Selamat berkata, pasangan kekasih berusia 19 dan 21 tahun itu dipercayai membuang bayi lelaki tersebut di Sungai Kenawar.

Beliau menambah, pasangan itu ditahan ketika remaja perempuan berkenaan berada di wad kecemasan Hospital Daerah Segamat (HDS) pada jam 4.00 pagi untuk mendapatkan rawatan.

"Kami menerima laporan daripada petugas HDS yang curiga apabila mendapati remaja perempuan berusia 19 tahun itu mengalami pendarahan teruk seperti baru bersalin,” kata Supt Raub.

Suspek lelaki yang bekerja di kedai alat ganti kenderaan mengaku memasukkan bayi lelaki yang dilahirkan tidak cukup bulan itu ke dalam plastik sebelum membuangnya ke dalam sungai.

Supt Raub berkata bayi malang tersebut dianggarkan berusia enam bulan. Ia dipercayai dilahirkan di rumah keluarga wanita berkenaan di Kampung Pogoh sebelum teman lelakinya membuang bayi tersebut ke dalam sungai pada sekitar jam 12.15 tengah malam.

"Kita telah membawa suspek lelaki ke tempat kejadian bagi mengesan mayat bayi itu pada jam 10.00 pagi dan berjaya menemui bungkusan plastik yang terapung pada kira-kira 3.15 petang berhampiran tebing sungai,” katanya.

Menurut Supt Raub, pasangan kekasih itu direman selama empat hari bermula semalam (18 Nov) bagi membantu siasatan.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan