Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pasangan kekasih berdepan hukuman gantung, bunuh kanak-kanak lelaki

Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayi lelaki berusia setahun lapan bulan, anak kepada wanita berkenaan, minggu lepas.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan kekasih berdepan hukuman gantung, bunuh kanak-kanak lelaki

Gambar hiasan tali gantung. (Gambar: YOAV LEMMER / AFP)

Diterbitkan : 28 May 2017 07:09PM Dikemas Kini : 28 May 2017 07:11PM

KOTA TINGGI: Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayi lelaki berusia setahun lapan bulan, anak kepada wanita berkenaan, minggu lalu.

Sofia Nabila Naim, 22 tahun, dan Mohd Hanafi Misban, 28 tahun, bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan sebaliknya hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Salawati Djambari.

Mohd Hanafi merupakan seorang mekanik manakala Sofia tidak bekerja dan kini hamil tiga bulan, hasil hubungan mereka.

Mangsa bayi itu merupakan anak kepada tertuduh wanita hasil hubungan luar nikah dengan lelaki lain.

Kedua-duanya, yang tinggal bersekedudukan, didakwa secara bersama melakukan kesalahan itu ke atas mangsa, Muhammad Zahril Sufyan Abdul Zahir, di sebuah rumah di Blok 4 peringkat dua, Felda Bukit Easter, Kota Tinggi, antara pukul 7.10 pagi hingga 2.30 petang, 15 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan dan dibacakan bersama Seskyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Hakim menetapkan 3 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan penuh bedah siasat dan ujian DNA.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,Suhaila Shafi''uddin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber : Bernama/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan