Images
  • PAS Flag
    Gambar bendera Parti Islam SeMalaysia (PAS) (Gambar: AFP PHOTO/TENGKU BAHAR)

PAS timbang adakan bantahan terhadap pesta arak, bulan depan

KUALA LUMPUR: Pesta Arak, atau Better Beer Festival, difahamkan akan diadakan di Malaysia pada 6 Oktober nanti.

Namun, dengan adanya acara tersebut, beberapa pihak meluahkan rasa tidak senang terhadap acara tersebut.

Parti Islam-SeMalaysia atau PAS sedang menimbangkan untuk mengadakan bantahan terhadap penganjuran pesta arak tersebut, menurut laporan akhbar Malaysiakini.

Laporan tersebut menambah bahawa Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi kini sedang 'memikirkan' dan ingin 'lihat dahulu keadaan' apabila ditanya oleh agensi tersebut sama ada mereka akan mengadakan protes tentang festival minuman keras tersebut.

Dr Riduan Nohd Nor, seorang anggota jawatankuasa Pusat PAS pula melahirkan rasa berang dan kesal apabila Malaysia dipilih sebagai tempat untuk menganjurkan festival tersebut, walaupun menurutnya, ia merupakan satu acara pelancongan bagi mereka yang bukan Muslim.

Better Beer Festival adalah acara untuk merasai produk pengeluar bir bebas anjuran pengedar bir MyBeer (M) Sdn Bhd. Pesta secara tahunan itu dianjurkan sejak enam tahun lalu, menurut laporan Malaysiakini.

Tindakan PAS untuk membuat protes terhadap acara demikian bukan sesuatu yang baru, malah pada tahun 2014, PAS pernah membantah pesta arak Octoberfest kerana menurut mereka acar sedemikian mencabar sensitiviti umat Islam di Malaysia. 

- Agensi Berita/UR/ur

Komen Anda?

Top