Images
  • Japan elections
    (Gambar: CNBC) 

Parti politik Jepun serah senarai calon; pilihan raya Jepun bermula

JEPUN: Kempen pilihan raya umum Jepun bermula hari ini (10 Okt).

Pengundian akan berlangsung pada 22 hari bulan nanti dan 465 kerusi Dewan Rendah Parlimen bakal menjadi rebutan.

Para pegawai parti-parti politik Jepun menyerahkan senarai calon masing-masing kepada Kementerian Ehwal Dalam Negeri hari ini (10 Okt).

Perdana Menteri Shinzo Abe mengadakan pilihan raya umum setahun lebih awal bagi mengambil kesempatan terhadap sokongan rakyat yang kembali kukuh kepada kepimpinan beliau dan berlakunya perpecahan di pihak pembangkang.

Namun, kebelakangan ini parti-parti pembangkang dipercayai kembali bersatu untuk memberi saingan sengit kepada parti kerajaan.

PM Abe hari ini (10 Okt) berjanji partinya LDP akan menampilkan kepimpinan yang kukuh bagi menangani ancaman senjata Korea Utara dan masalah berkaitan penduduk Jepun yang semakin tua.

Encik Abe berkata beliau mahu mewujudkan "sebuah masyarakat yang semua anggotanya mempunyai peluang".

Para pengamat meramalkan LDP dan parti sekutunya, Koemi, akan menang dengan suara majoriti.

Namun Parti Harapan yang baru ditubuhkan Gabenor Tokyo, Yuriko Koike dijangka dapat mengurangkan bilangan kerusi parlimen LDP. 

- Agensi berita/MU/aq

Komen Anda?

Top