Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Paradigm Mall, terbesar di Johor dibuka November ini

Paradigm Mall Johor Bahru (JB) dijangka dibuka pada hujung November tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Paradigm Mall, terbesar di Johor dibuka November ini

Paradigm Mall JB. (Gambar: Paradigm Mall Johor Bahru/ Facebook)

Diterbitkan : 19 Apr 2017 03:17PM Dikemas Kini : 19 Apr 2017 03:29PM

KUALA LUMPUR: Paradigm Mall Johor Bahru (JB) dijangka dibuka pada hujung November tahun ini.

Ia juga dijangka menjadi pusat beli-belah yang terbaru dan terbesar di Johor.

Datuk Lee Tuck Fook, Pengarah Urusan Kumpulan WCT Holdings Bhd, pemilik dan pemaju pusat beli-belah tersebut, berkata setakat sehingga hari ini, kadar penyewaan kedai bagi ruang seluas 1.3 juta kaki persegi itu sudah mencecah lebih 75 peratus.

"Cukup setakat saya berkata bahawa Paradigm Mall JB dibangunkan sebagai sebahagian daripada pembangunan bersepadu yang menggabungkan khidmat komersil, runcit, perumahan dan pelayanan.

"Ini akan menetapkan tanda aras baru dari segi perniagaan runcit dan gaya hidup di selatan Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian di majlis perasmian bagi jenama-jenama runcit pusat beli-belah itu hari ini (19 Apr).

Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan