Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Palestin beri amaran akan bekukan hubungan dengan AS

Rakyat Palestin akan membekukan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) jika AS meneruskan ancamannya untuk menutup pejabat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Washington, kata seorang pegawai kanan PLO semalam (18 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Nov 2017 09:57AM Dikemas Kini : 19 Nov 2017 10:38PM

JERUSALEM: Rakyat Palestin akan membekukan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) jika AS meneruskan ancamannya untuk menutup pejabat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Washington, kata seorang pegawai kanan PLO semalam (18 Nov).

Setiausaha pertubuhan tersebut, Saeb Erekat, berkata ia secara rasmi memaklumkan AS bahawa Palestin akan "membekukan semua komunikasi dengan pihak pentadbiran Amerika" jika AS benar-benar menutup pejabat itu.

PLO, yang dilihat oleh masyarakat antarabangsa sebagai wakil rakyat Palestin, mesti diberikan izin untuk mengendalikan premisnya di ibu kota Amerika itu yang diperbaharui setiap enam bulan.

Jabatan Negara AS menyatakan ia enggan memperbaharuinya sebagai respons terhadap inisiatif Palestin untuk membawa isu penempatan Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Keputusan itu boleh ditarik balik dalam masa 90 hari jika "rakyat Palestin berunding secara langsung dengan Israel".

Dalam video di laman Twitternya, Encik Erekat menyifatkan keputusan itu sebagai sesuatu yang "sangat malang dan tidak boleh diterima" dan menuduh Israel menambah tekanannya melalui pemerintah pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

"Sedang kita cuba bekerjasama untuk mencapai kesepakatan muktamad, mereka mengambil langkah sedemikian dan ini akan menjejas proses damai secara keseluruhannya," kata Encik Erekat. 

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan