Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Orang ramai diminta henti tular 'Raja Bomoh' yang kononnya 'memagar' M'sia

Orang ramai diingatkan tidak mentularkan upacara perbomohan Ibrahim Mat Zin atau dikenali sebagai Raja Bomoh yang dikatakan 'memagar' Malaysia daripada ancaman negara asing khususnya Korea Utara.

Anggaran Waktu Membaca:
Orang ramai diminta henti tular 'Raja Bomoh' yang kononnya 'memagar' M'sia

Petikan skrin dari video.

Diterbitkan : 18 Mar 2017 03:21PM Dikemas Kini : 18 Mar 2017 04:00PM

MELAKA: Orang ramai diingatkan tidak mentularkan upacara perbomohan Ibrahim Mat Zin atau dikenali sebagai Raja Bomoh yang dikatakan 'memagar' Malaysia daripada ancaman negara asing khususnya Korea Utara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana perbuatan mentularkan ritual oleh lelaki berasal dari Teluk Intan, Perak, itu secara tidak langsung mempromosikan individu itu.

"Memang inilah matlamat individu tersebut, iaitu diviralkan (ditularkan) supaya menjadi seorang yang lebih popular. Banyak lagi agenda negara yang lebih besar boleh dikongsikan.

"Jika menyebarkan aktiviti ini, dia yang akan mendapat publisiti sedangkan kita boleh berfikir sama ada upacara berkenaan logik atau sebaliknya," katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Dr Asyraf Wajdi, yang juga Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, merasmikan Mesyuarat Agong Berkelompok Cawangan UMNO Bahagian Alor Gajah yang turut dihadiri Ketua UMNO bahagian berkenaan Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan.

Dr Asyraf Wajdi berkata penguatkuasaan terhadap tindakan yang dilakukan oleh individu terbabit hanya boleh dibuat oleh Jabatan Agama Islam negeri.

"Perak sudah pun membuat fatwa dan kita tunggu jabatan agama Islam negeri ini untuk membuat tindakan penguatkuasaan. Kita di peringkat pusat tidak ada penguatkuasaan," katanya.

Kerajaan Perak mewartakan fatwa mengenai pengharaman upacara perbomohan Ibrahim Mat Zin di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 pada 3 Ogos 2015.

Video dan pelbagai rakaman gambar aksi terbaru 'Raja Bomoh' yang juga Pengasas Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Aksi 'Raja Bomoh' itu dipercayai dilakukan rentetan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tegang berikutan pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2), 13 Februari lepas.  

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan