Images
  • nissan
    (Gambar: Reuters/Issei Kato/File Photo)

Orang ramai boleh naik kereta tanpa pemandu di Jepun mulai Mac depan

JEPUN: Orang ramai berpeluang menaiki kereta tanpa pemandu di jalan-jalan raya awam bandar Yokohama, pada Mac tahun depan.

Ia adalah sebahagian daripada kerjasama antara syarikat pengeluar kenderaan Nissan dengan pengeluar sofwe permainan Jepun, DeNA.

Projek "Easy Ride" itu menggunakan dua model kereta elektrik, Leaf Nissan, yang dilengkapi kamera dan alat deria.

Semasa ujian awam itu, orang ramai juga boleh mendapatkan khidmat kereta tanpa pemandu itu dan memilih destinasinya menggunakan aplikasi telefon bimbit.

Nissan dan DeNA berharap dapat melancarkan khidmat kereta tanpa pemandu dan kongsi kereta itu di Jepun menjelang tahun 2020.

DeNA juga sedang menghasilkan sebuah bas tanpa pemandu untuk membawa warga tua di kawasan pedalaman Jepun.

- Agensi Berita/AA/fa

Komen Anda?

Top