Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

OIC adakan sidang tergempar berhubung status Baitulmakdis, langkah Amerika seakan beri laluan Israel takluk Baitulmakdis

Berkaitan dengan isu status Baitulmakdis itu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan sidang puncak tergemparnya di Istanbul, Turki hari ini (13 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Dec 2017 07:48PM Dikemas Kini : 13 Dec 2017 10:55PM

ISTANBUL: Berkaitan dengan isu status Baitulmakdis itu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan sidang puncak tergemparnya di Istanbul, Turki hari ini (13 Dis).

Pertubuhan 57 anggota itu mahu mencari kata sepakat mengenai tindak balas terhadap langkah Presiden Trump mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Turki yang menjadi pengerusi OIC mengkritik apa yang disebutnya sebagai respons lemah Dunia Arab sejauh ini terhadap keputusan Amerika itu.

Semasa pertemuan peringkat menteri luar OIC menjelang sidang puncak ini, Menteri Luar Turki menggesa negara-negara Islam supaya mengiktiraf bahagian timur Baitulmakdis sebagai ibu kota Palestin.

Menurut beliau langkah Amerika mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel merupakan percubaan untuk memberi pengesahan undang-undang kepada percubaan Israel hendak menjajah Baitulmakdis.

Hampir semua negara di merata dunia tidak mengiktiraf tindakan Israel menakluk bahagian timur Baitulmakdis dalam tahun 1967.

Di bawah kata sepakat antarabangsa sejak sekian lama, status muktamad Baitulmakdis akan ditentukan menerusi rundingan.

Israel menyifatkan seluruh Baitulmakdis sebagai ibu kotanya.

Sebaliknya pihak Palestin menuntut bahagian timurnya untuk dijadikan ibu kota negara Palestin pada masa depan.

Sumber : Agensi berita/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan