Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Obama puji New York umum Aidilfitri sebagai cuti sekolah

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengucapkan 'Eid Mubarak' kepada umat Islam di Amerika dan di seluruh dunia, dan memuji usaha untuk mengiktiraf Aidilfitri sebagai hari cuti umum.

Anggaran Waktu Membaca:
Obama puji New York umum Aidilfitri sebagai cuti sekolah

Presiden Barack Obama di jamuan Iftar di Rumah Putih, Washington DC. (Gambar: AFP/YURI GRIPAS)

Diterbitkan : 17 Jul 2015 06:06PM Dikemas Kini : 20 Jul 2015 11:56AM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengucapkan 'Eid Mubarak' kepada umat Islam di Amerika dan di seluruh dunia.

Encik Obama juga memuji keputusan bandar New York untuk menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai hari cuti sekolah umum.

"Hari cuti ini satu peringatan kepada setiap warga Amerika tentang pentingnya menghormati semua agama dan kepercayaan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Keputusan itu, kata beliau, adalah satu pengiktirafan tentang kepelbagaian dan sikap inklusif negara itu.

Datuk Bandar Bill de Blasio pada Mac lalu menjadikan New York metropolis pertama di Amerika untuk menjadikan perayaan umat Islam yang menandakan berakhirnya bulan Ramadan itu, serta Hari Raya Aidiladha sebagai hari cuti sekolah.

Sumber : AFP/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan