Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

NYPD benarkan pegawai Islam dan Sikh untuk tumbuh janggut

Jabatan Polis New York (NYPD) melonggarkan dasar untuk membenarkan pegawai Muslim dan Sikh untuk tumbuh janggut sepanjang 1.27 sentimeter atas sebab-sebab agama.

Anggaran Waktu Membaca:
NYPD benarkan pegawai Islam dan Sikh untuk tumbuh janggut

Gambar hiasan Jabatan Polis New York (NYPD). (Gambar: REUTERS/Bria Webb)

Diterbitkan : 30 Dec 2016 01:28PM Dikemas Kini : 30 Dec 2016 01:33PM

NEW YORK: Jabatan Polis New York (NYPD) melonggarkan dasar untuk membenarkan pegawai Muslim dan Sikh untuk tumbuh janggut sepanjang 1.27 sentimeter atas sebab-sebab agama.

Langkah ini diambil dalam satu gerakan untuk mendapatkan khidmat lebih ramai pegawai dari kaum minoriti, menurut petikan dari Al Jazeera.

Pesuruhjaya Polis James O'Neill mengumumkan peraturan baru itu pada Rabu (28 Dis) selepas satu upacara tamat latihan bagi rekrut-rekrut baru.

"Kami membuat perubahan ini untuk memastikan setiap orang di New York yang mahu memohon mempunyai peluang untuk bekerja dalam jabatan polis yang terbesar di negara ini," jelas O'Neill kepada akhbar The New York Times.

Daripada 557 rekrut yang tamat latihan, 33 beragama Islam dan dua beragama Sikh, menurut akhbar itu lagi.

Menurut panduan peronda NYPD, para pegawai sebelum ini dilarang daripada menyimpan janggut, meskipun satu dasar yang tidak tertulis membenarkan mereka menyimpannya sehingga sepanjang satu milimeter.

Sebab bagi larangan tersebut adalah janggut-janggut itu akan menganggu penggunaan topeng-topeng gas tertentu, menurut Al Jazeera.

Perubahan dasar itu menyusuli satu kes guaman oleh seorang pegawai Islam yang berkata bahawa sekatan bagi panjang janggut bukan atas dasar perlembagaan.

Pegawai Masood Syed, seorang kerani guaman di NYPD, sudah menyimpan janggut selama bertahun-tahun atas sebab agama tetapi kemudian diarahkan oleh para penyelia untuk memendekkannya.

Apabila beliau tidak mengikut arahan, beliau kemudian digantung kerja.

NYPD menyambung semula khidmat Syed pada Jun dan jabatan itu akhirnya bersetuju untuk menyemak semula larangan untuk menyimpan janggut.

Wanita Islam di NYPD sudah dibenarkan untuk mengenakan tudung selama bertahun-tahun. 

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan