Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

New York perketat tahap keselamatan susuli letupan di Manchester

Pihak berkuasa di New York tingkatkan tahap keselamatan di beberapa lokasi sensitif menyusuli letupan maut di sebuah konsert, di Britain.

Anggaran Waktu Membaca:
New York perketat tahap keselamatan susuli letupan di Manchester

Gambar fail New York. (REUTERS/Gary Hershorn)

Diterbitkan : 23 May 2017 01:22PM Dikemas Kini : 23 May 2017 01:30PM

NEW YORK: Pihak berkuasa di New York meningkatkan tahap keselamatan di beberapa lokasi sensitif menyusuli letupan maut di sebuah konsert di Britain pada Isnin (22 Mei).

Namun, para pegawai berkata tiada tanda-tanda ancaman terhadap Amerika Syarikat.

Gabenor New York Andrew Cuomo berkata beliau sudah mengarahkan rondaan tambahan di "lokasi-lokasi berprofil tinggi", termasuk lapangan terbang dan kereta api bawah tanah menyusuli serangan yang dilancarkan di konsert penyanyi Amerika Ariana Grande.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat menyatakan ia sedang giat mencari maklumat dan sudah bersiap sedia untuk membantu Britain.

"Buat masa ini, kami tidak mempunyai maklumat yang menunjukkan sebarang ancaman khusus melibatkan lokasi-lokasi muzik di Amerika Syarikat," menurut jabatan itu dalam satu kenyataan.

"Bagaimanapun, orang awam mungkin berdepan dengan tahap keselamatan yang lebih ketat di tempat-tempat dan acara-acara awam berikutan langkah-langkah keselamatan tambahan yang dikuatkuasakan," pihaknya menambah.

Sejauh ini, seramai 19 orang maut dan sekitar 50 yang lain cedera dalam serangan di Manchester Arena.

Ia merupakan serangan paling berdarah di Britain sejak 2005.

Sumber : CNA/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan