Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nenek ini celik internet pada usia 97 tahun

Namun, raut wajahnya menjadi ceria apabila ditanya mengenai minatnya terhadap penulisan, lukisan dan pembelajaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Nenek ini celik internet pada usia 97 tahun

Le Thi, 97 tahun, menetap Hanoi bersama cucu cicitnya. (Gambar: Ray Yeh & Kim Wong)

Diterbitkan : 27 May 2017 09:46PM Dikemas Kini : 27 May 2017 09:47PM

HANOI: Sekali pandang, mudah untuk kita menganggap Le Thi sebagai seorang wanita tua biasa. 

Pada usia 97 tahun, beliau kehilangan semua giginya dan juga menjadi bongkok yang menyekat pergerakan beliau.

Namun, raut wajahnya menjadi ceria apabila ditanya mengenai minatnya terhadap penulisan, lukisan dan pembelajaran.

Bibirnya menguntum senyuman lebar apabila menceritakan kehidupannya sebelum Vietnam merdeka; menggunakan Skype dengan cucu lelakinya yang menetap di Mosko; dan menulis sebuah buku pada usia 87 tahun.

"Jika terdapat 10 perkara yang saya tidak tahu, saya mahu belajar sebanyak yang boleh," katanya.

"Saya dahulunya seorang yang buta huruf."

Minat beliau yang mendalam inilah yang mungkin membuat Le Thi menjadi nenek paling celik internet di Vietnam!

Beliau membaca berita setiap hari daripada Google dan Yahoo. Beliau juga aktif mengemas kini laman Facebooknya, dan berhubungan dengan keluarga dan rakan melalui Facebook dan Skype.

Le Thi pertama kali belajar menggunakan komputer pada 2007 kerana beliau sedang menulis sebuah buku mengenai hidupnya tetapi mempunyai masalah untuk terus menulis menggunakan pena dan kertas.

"Tangan saya menggigil, dan saya tidak dapat melihat dengan jelas," katanya.

Masalah yang dihadapinya itu membuat cucu-cucu Le Thi membelikan beliau komputer riba dan mengajarnya untuk menaip.

Tiga tahun kemudian pada 2010, beliau melancarkan autobiografi setebal 600 muka surat berjudul "Upstream". 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan