Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib: RM42 bilion tidak hilang dari 1MDB, dakwaan Mahathir tidak betul

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini (7 Apr) berkata laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menunjukkan RM42 bilion tidak hilang daripada syarikat itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib: RM42 bilion tidak hilang dari 1MDB, dakwaan Mahathir tidak betul

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. (Gambar fail: Reuters/Olivia Harris)

Diterbitkan : 07 Apr 2016 04:49PM Dikemas Kini : 07 Apr 2016 04:57PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini (7 Apr) berkata laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menunjukkan RM42 bilion tidak hilang daripada syarikat itu.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini membuat dakwaan tersebut.

Perdana Menteri berkata di samping menunjukkan bahawa dakwaan dibuat oleh Dr Mahathir itu adalah tidak betul, laporan itu mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam struktur modal dan pengurusan 1MDB.

"Kami akan teliti dan bertindak ke atas syor-syor dalam laporan itu.

"Kami akan memastikan pengajaran diambil daripadanya, dan tindakan akan diambil jika terdapat sebarang bukti kesalahan telah dilakukan," katanya dalam kenyataan bagi mengulas laporan itu, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Datuk Seri Najib berkata kini sudah jelas bahawa dakwaan dilemparkan Dr Mahathir terhadap 1MDB didorong oleh kepentingan peribadi, "bukan kepentingan negara, dan hasrat untuk menjatuhkan kerajaan".

Perdana Menteri berkata beliau sudah mengarahkan Kabinet pada Mac 2015 untuk meminta Ketua Audit Negara menjalankan siasatan bebas ke atas akaun kewangan 1MDB susulan pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap 1MDB, seperti dakwaan Dr Mahathir bahawa RM42 bilion sudah hilang.

"Untuk memastikan ketelusan proses ini, kami juga telah mengarahkan supaya dapatan-dapatan itu dihantar untuk semakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang - sebuah badan dwipartisan yang turut dianggotai anggota Parlimen pembangkang," katanya.

Datuk Seri Najib berkata selepas melalui proses yang lengkap dan menyeluruh, PAC hari ini mengeluarkan laporan mengandungi dapatan-dapatannya di Parlimen.

"Laporan ini mewakili konsensus oleh anggota PAC, dan dapatan-dapatannya adalah berdasarkan fakta dan beratus-ratus jam menyemak dan menyiasat.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Audit Negara dan PAC kerana mengeluarkan laporan yang komprehensif, konklusif dan muktamad.

"Selepas membacanya, saya mendapati laporan PAC menunjukkan bahawa RM42 bilion tidak hilang daripada 1MDB, seperti didakwa oleh Tun Mahathir," katanya.

Datuk Seri Najib berkata kerajaan akan terus memberi tumpuan terhadap "pelan ekonomi dan memperkukuhkan ekonomi - yang terus menunjukkan daya tahan dalam berdepan cabaran-cabaran global".

Sumber : Bernama/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan