Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib Razak enggan bicara tarikh Pilihan Raya M'sia

Walaupun pelbagai tarikh sudah dikaitkan dengannya, Datuk Seri Najib Tun Razak masih enggan memberi sebarang petunjuk bila pilihan raya ke-14 akan diadakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib Razak enggan bicara tarikh Pilihan Raya M'sia

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. (Gambar: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 14 Sep 2017 03:47PM Dikemas Kini : 14 Sep 2017 04:06PM

WASHINGTON: Walaupun pelbagai tarikh sudah dikaitkan dengannya, Datuk Seri Najib Tun Razak masih enggan memberi sebarang petunjuk bila pilihan raya ke-14 akan diadakan.

Bila ditanya oleh seorang wartawan mengenainya pada akhir lawatan kerja tiga hari perdana menteri di Amerika Syarikat, perdana menteri hanya ketawa dan berkata "Tunggu dululah."

Mengenai sama ada beliau menganggap ini masa yang sesuai memandangkan semua perkara sedang memihak kepadanya. Encik Najib menjawab: "Betul kah, kamu fikir begitu?"”

"Datuk (Seri) ada masa kurang setahun sahaja lagi,” kata wartawan itu.

"Setahun masa yang panjang (dalam politik),” jawab Encik Najib yang melawat Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Donald Trump. Kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan di Rumah Putih pada Selasa (12 Sep).

Mandat parti pemerintah Barisan Nasional yang dipimpin Encik Najib akan berakhir pada Jun 2018.

Sumber : Bernama/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan