Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib kutuk keras pengeboman di Mogadishu

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk dua pengeboman yang berlaku di Mogadishu,  ibu kota Somalia, yang dilaporkan membunuh  sekurang-kurangnya 230 orang  pada Sabtu (14 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Najib kutuk keras pengeboman di Mogadishu

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 17 Oct 2017 10:16AM Dikemas Kini : 17 Oct 2017 02:55PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk dua pengeboman yang berlaku di Mogadishu, ibu kota Somalia, yang dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya 230 orang pada Sabtu (14 Okt).

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terlibat.

“Amat kesal dengan pembunuhan mereka yang tidak bersalah di Somalia. Takziah diucapkan kepada mereka yang kehilangan orang yang tercinta. Kita tidak harus mengalah kepada keganasan,” katanya dalam catatan Twitter beliau.

Media melaporkan insiden pertama melibatkan sebuah kenderaan membawa bahan letupan, yang diletupkan di kawasan jalan sesak berhampiran sebuah bangunan kementerian, hotel dan restoran di pusat ibu kota.

Ia diikuti dengan satu lagi letupan di daerah Medina, Mogadishu.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan