Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Najib ketuai delegasi M'sia ke OIC mengenai Baitulmakdis

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Puncak Luar Biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang akan berlangsung di Istanbul, Turki pada 13 Disember ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Najib ketuai delegasi M'sia ke OIC mengenai Baitulmakdis

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. (Gambar: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 12 Dec 2017 08:31AM Dikemas Kini : 12 Dec 2017 08:33AM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Puncak Luar Biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang akan berlangsung di Istanbul, Turki pada 13 Disember ini.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan menyatakan bahawa perdana menteri akan diiringi oleh isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan pegawai kanan kerajaan.

“Sidang Puncak Luar Biasa itu diadakan atas permintaan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam jawatannya selaku Pengerusi Sidang Puncak Islam Ke-13, berikutan pengumuman Amerika Syarikat (AS) pada 6 Disember 2017, yang mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu negara Israel,” katanya.

Sidang Puncak itu didahului Mesyuarat Pegawai Kanan pada hari ini (12 Dis) dan diikuti dengan Mesyuarat Majlis Menteri Luar pada keesokan harinya.

Persidangan itu juga akan mengkaji semula perkembangan dan membincangkan kesan berikutan pengumumam pentadbiran Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmakdis.

Penglibatan Malaysia di dalam sidang puncak itu mengukuhkan lagi komitmen dan sokongan tidak berbelah bagi kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka mendapatkan hak mereka untuk sebuah negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmakdis Timur sebagai ibu negara.   

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan