Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Naib Presiden AS, Mike Pence, puji amalan Islam sederhana di Indonesia

Naib Presiden Amerika Syarikat memuji amalan Islam sederhana di Indonesia yang disifatkannya sebagai "satu inspirasi kepada dunia."

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Apr 2017 08:49PM Dikemas Kini : 20 Apr 2017 11:10PM

JAKARTA: Naib Presiden Amerika Syarikat memuji amalan Islam sederhana di Indonesia yang disifatkannya sebagai "satu inspirasi kepada dunia."

Encik Mike Pence tiba di Indonesia malam semalam (19 Apr) dalam peringkat ketiga lawatannya ke empat negara Asia.

Atur cara lawatan beliau hari ini termasuk kunjungan ke Masjid Istiqlal, masjid terbesar di Asia Tenggara.

Di masjid tersebut, Encik Pence menyertai satu dialog dengan para pemimpin berbilang agama.

Inilah kali pertama Encik Pence melawat Indonesia, mewakili pentadbiran baru Amerika.

Sesetengah pihak berpendapat lawatan Encik Pence ke Indonesia merupakan satu langkah Pentadbiran Trump untuk menghentikan perbalahannya dengan Dunia Islam.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan