Images
  • german train crash
    Kereta api yang dilanda nahas berdekatan Meerbush di kawasan barat Jerman. (Gambar: ARNULF STOFFEL/AP)

Nahas kereta api di Jerman, lebih 40 cedera, 3 parah

MEERBUSCH: Lebih 40 orang cedera manakala tiga dilaporakn parah apabila dua kereta api bertembung di Duesseldorf, Jerman malam semalam (5 Dis).

Kemalangan itu melibatkan kereta api penumpang dan sebuah kereta api yang sarat dengan muatan kargo.

Kereta api penumpang itu dikendalikan syarikat Britain, National Express, manakala kereta api barangan pula milik syarikat Jerman, DB Cargo.

Kereta api ekspres itu dipercayai membawa 150 penumpang.

Kerosakan pada kedua-dua kereta api tidak begitu teruk.

Namun gerakan menyelamat dihambat oleh wayar-wayar yang terputus.

- REUTERS/AFP/MU/sm

Komen Anda?

Top