Images
  • pemandu bas nahas
    N Shasi Kumar mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu dan minta dibicarakan. (Gambar: BERNAMA)

Nahas bas S'pura-Ipoh: Pemandu bas didakwa pandu melulu sebabkan kematian

KAMPAR: Seorang pemandu bas ekspres didakwa di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian, pagi Rabu (6 Dis).

Menurut Berita Harian Malaysia (BHM), N Shasi Kumar, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu dan minta dibicarakan.

Nahas tersebut melibatkan bas ekpres yang dipandunya, yang berlanggar dengan sebuah lori kontena dan lori membawa muatan kertas.

Bas ekspres itu juga difahamkan sedang dalam perjalanan dari Singapura ke Ipoh.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, pada jam 5.45 pagi, hingga mengakibatkan kematian Chan Kwai Fah, 43.

Mendiang, yang duduk di tempat duduk penumpang di tingkat atas bas, meninggal dunia ketika tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan.

13 lagi cedera dalam kemalangan antara bas dan dua lori itu.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan didenda maksimum RM20,000 (S$6,600).

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 (S$1,650) dengan seorang penjamin sehingga kes disebut semula 28 Disember ini.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menyerahkan lesen memandunya kepada mahkamah sehingga perbicaraan kes berkenaan selesai.

- Agensi berita/IM/im

Komen Anda?

Top